Posted by: khicapmasin | April 27, 2008

Special untuk budak sekolah!

Pening nak buat projek untuk matapelajaran masing2? (aisey, benci kan kene buat jugak, kalu tak cikgu tak kasik markah). Selalunya banyak yang khicapmasin dengar2 yang jadik problem ni, projek addmath (bahasa melayunya matematik tambahan). Kalau buat, dapat sijil, jadi rugi la tak buat. Tapi, nak buat taktau plak. Mungkin link ini boleh membantu adik2 ku sekalian. Laman web ini adalah laman web kongsi2 (kirenye give and take la), tapi kebanyakan take aje, givenye takde plak. projek ini juga bukan terhad kepada pelajar menengah atas (tingkatan 4 dan 5) sahaja, tingkatan 1,2,3 pun ade. Korang kene daftar jadik ahli dulu, lepas tu cari projek yang korang kene buat tu, ikutlah arahan seterusnya. Jadi, check it out!

Jom carik projek…sekolah ;)

Posted by: khicapmasin | April 27, 2008

Susah gile nak muat turun?

Huh, ini bukan cite pasal susah nak muat turun kat blog khicapmasin ini. Ini cite pasal korang pergi layar laman web ni, baik punya link. Sekali ade barang best, korang nak download ar kan, skali lembab plak. Menci tol khicapmasin. :) Jadik, korang boleh download software yang membantu meringankan masalah ni.

Korang pergi laman web nak download tapi punyalah payah! Isyy, susah la camni, dah la tunggu lame, file tak boleh bukak, uiy, panas hati rasenye. Apekate korang cube download software ini supaya dapat mendownload sebarang filem, muzik mahupun file dengan lebih efisyen..free aje software ini. antara software yang ade adalah bittorrent dan emule..banyak lagi..

Hei, bikin panas aje.

Posted by: khicapmasin | April 27, 2008

Shockwave – Main permainan

Nak main pc games?Taknak beli? Nak jimat?camtu takyah main lah. ;) Korang nak main, boleh. Free? boleh jugak cuma hanya selama sejam sahaja. Jadi, takdelah rase rugi kalau dah beli tapi xbest lak games tu kan. :( Selalunya pembayaran melalui paypal. :) Jadi, buatlah akaun paypal kalau nak beli. Tapi, kalau sekadar nak main untuk sejam, korang boleh la mencari games kat shockwaves nih. Yang penting korang kene download shockwave application dulu, pastu baru bole main game ok. Ikut aja arahan yang diberikan. :)

Shockwaves games

Posted by: khicapmasin | April 27, 2008

Doctorjob – bukan hanya untuk doktor

Jangan tunggu2 lame baru nak fikir kursus apa yang nak diambil mase universiti nanti, selalunya cikgu kaunseling yang akan cakap camtu. Kadang2 makbapak pun cakap camtu. Korang tahu korang minat suatu bidang itu, tapi tak pasti mana satu kursus yang berkaitan. Aih, peningnya la. Takpe, jangan pening lagi. Kat laman web doktorjob, pelbagai informasi boleh didapati. Nak tanya pasal kursus ke, pasal biasiswa ke pekerjaan ke pinjaman ke, boleh.

Doctorjob – bukan untuk doktor sah

:)

Posted by: khicapmasin | April 27, 2008

Filehippo – himpunan perisian komputer

Di laman web ini, ade macam2 perisian percuma. Korang anda hanya perlu tekan link di blogroll atau disini:

Filehippo – Perisian adalah segalanya.

;)

Posted by: khicapmasin | April 27, 2008

Cheatplanet – Main games !

Hari tu, khicapmasin bersembang dengan kengkawan sejagat (demi memastikan hubungan silaturahim sentiasa terpelihara) chewwah.. adela sembang2 pasal main game ni. Sape la yang x syok main game kan? rasenye mau pecah spek khicapmasin kalau main game memanjang. Nak buat macamana, mengisi masa lapang. So, citi punye cite, timbullah cite ni. Kalau korang nak download game atau yang lebih best lagi, mendapatkan kod cheat game (senang cite, main tipu la) ada link yang disediakan. Mudah aja. Masuk ke laman web tersebut, cari game tersebut dan klik cheat padanya. Jadi, selamat bermain!

Kalau rase2 macam nak tengok kod cheat tu, klik link kat bawah ni ha (tapi, kalau rase cam tak sedap hati aje, tak payahla tengok):

Cheatplanet – Main game !

Posted by: khicapmasin | April 27, 2008

Perhatian

Salam perkenalan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca sekalian. Ermm sopannye khicapmasin. ;) Puji diri sendiri pulak. Sebelum korang melayari blog ini, minta perhatian la yea.

Semua koleksi file di laman web ini adalah hanya untuk tujuan promosi sahaja. :) Pihak khicapmasin tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan teknikal yang berlaku semasa memuat turun koleksi file dari laman web ini. Sila sokong industri hiburan tempatan kita. Sebarang penggunaan bahasa yang kesat, lucah dan tidak sopan adalah dilarang amat sekali. Penggunaan bahasa yang digunakan di laman web ini adalah tidak sejajar dengan penggunaan bahasa yang bermutu. Selaras dengan itu, bahasa yang digunakan ini tidak digalakkan untuk digunapakai dalam situasi yang rasmi. Pihak khicapmasin amat mengharapkan kerjasama dari semua pihak. Sebarang kesilapan mahupun aduan bolehlah diadukan di shoutbox mahupun di ruangan komen yang disediakan. :)

Link yang diletakkan bukan disediakan di blog ini, khicapmasin hanya ambil link dan letaknya disini. Jadi sebarang kemungkinan yang berlaku adalah di luar tanggungjawab khicapmasin.

;)

« Kiriman-Kiriman Berikutnya

kategori