Rasenye dah hampir 7 bulan khicapmasin x online dan tulis kat sini. Bukan la sebok sgt, cuma malas aje. Maklumlah, manusia biasa. Pemalas.
Tapi tibe2 aje khicapmasin nak tulis something sebab ade isu yang agak panas kan. Rase2 korunk sume boleh teke ape dye isu nye an. Ianya tentang PENINDASAN DAN KEKEJAMAN ISRAEL KEPADA PALESTIN. Ya, iya tentang palestin. Khicapmasin takdela nak membangkitkan hal mahupun isu agama di sini. Tp, kita, khicapmasin, awak, anda, mereka, kita semua ni manusia. HUMAN BEING. Sepatutnya punya rasa kemanusiaan antara satu sama lain. Tidak kira lah anda seorang Islam, Kristian dan agama lain sekalipun, adakah agama anda membenarkan perilaku kejam yang tidak berperikemanusiaan ini. Soal agama adalah hal lain. Khicapmasin nak fokus tentang rasa kemanusiaan, itu aje. JUST IMAGINE. Kalau2 anda balik rumah 1 hari nanti, melihat isteri atau anak mati kene tembak di RUMAH ANDA SENDIRI. Isteri ngan anak2 tu wat ape kat orang yang kejam 2?Apalah dayanya seorang perempuan dan anak kecil boleh lakukan? Please. Baru2 ni jugak ada klua kat paper pasal pendapat Kerajaan pasal hal boikot memboikot nie. Khicapmasin tamao la ulas ape yang kerajaan dah tetapkan. Cuma, Khicapmasin pun rase bersalah dalam hal ini. Berlawanan. Keliru la senang cite. Ade yang kate kita mmg patut boikot ni sbb setiap keluaran dan profit mereka akan disalurkan ke badan tentera LAKNATULLAH tersebut. (Terasa jijik menyebut nama mereka, padahal dah sebut tadi. Ignore ok.) Pastu, hujah punya hujah, ada pula yang tak setuju. Katanya, dalam ekonomi kita ada yang menggunakan sistem francise. Tao sistem tu? Taktau? Pergi rujuk kamus.
Ok, jadi bermakna franchise adalah di bawah kelolaan negara itu sendiri, contohnya MALAYSIA. Ini adalah pendapat org lain, bukan khicapmasin. Lepas tu, sambung hujah balik, mmg franchise adalah dibawah kelolaan negara lain, TETAPI keuntungan sedikit sebanyak tetap disalurkan kerana franchise adalah dibawah syarikat BESAR disana. Haa tak ke konpius budak2 cam khicapmasin ni?haha..(Perasan muda plak) Jadi, khicapmasin menyeru kepada semua orang diluar sana agar membuat pilihan yang terbaik. Khicapmasin sudah mula memboikot barangan LAKNATULLAH beransur2. Harap apa yang kita usahakan (such as solat hajat, yasin, demonstrasi aman, boikot) sedikit sebanyak dapat membantu saudara seislam kita disana. Ataupun lebih general, dapat membantu orang yang ditindas disana. Lagi 1 kan, khicapmasin yang lemah ilmu pengetahuan ni nak la tegur sikit orang Islam yang mulutnya begitu TAJAM>?. Haa ada tanda soal lagi. Gini, maksud khicapmasin, memang, khicapmasin akui kita rase marah, jijik, menyampah dengan tindakan LAKNATULLAH. Tetapi, PERLUKAH mengeluarkan kate2 kesat? Mencarut seperti orang2 jahil dahulu?? Dimanakah adab anda sebagai seorang Islam. Kita tidak akan dipandang rendah hanya kerana TIDAK MENCARUT. Dimanakah maruah anda letakkan? Selalu orang kata, penampilan melambangkan keperibadian. Samelah dengan kata2. Cakaplah benda yang elok. Usah mengeji. Usah mencarut. Jadi, marilah kita same2 mendoakan keselamatan orang palestin disana dan semoga YANG MAHA BERKUASA memberi kekuatan dan ketabahan kepada mereka dalam mengharungi semua dugaan. Wallahualam.
Posted by: khicapmasin | Januari 15, 2009
Air mata Palestin
Dikirim dalam Kata2 admin | Label: air mata palestin, boikot, israel, mencarut, palestin, penindasan





